Tak dapat bawa anak angkat ke Australia, Sajat menangis dedah perkara sebenar😭😭


Tak dapat bawa anak angkat ke Australia, Sajat menangis dedah perkara sebenar

Sebelum ini, tular mengenai berita tentang ‘kegagalan’ usahawan kosmetik, Nursajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruzzaman untuk bertemu anak-anak angkatnya di Singapore Expo.

Bukan itu sahaja, dia terpaksa akur dengan keputusan dan perlu balik ke Australia tanpa boleh bertemu atau menyerahkan sebarang hadiah buat anak-anak dan keluarganya.


Punca orang yang Sajat percaya

Pun begitu, baru-baru ini Sajat mendedahkan asbab dia tidak dapat berjumpa dengan anaknya itu dan halangan untuk membawa anak angkatnya untuk pulang bersama ke Australia.

Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @Xtina aguilera di laman TikToknya, Sajat memberitahu kegagalan dia untuk berjumpa dengan anaknya adalah satu kesalahan daripada individu yang dipercayainya.


Sukar nak bawa anak ke Australia

Bahkan, Sajat turut memaklumkan, ia sesuatu perkara yang sangat sukar memandangkan dokumentasi melibatkan dua orang anak angkatnya itu bukan di atas namanya selain proses untuk mendapatkan visa ke Australia adalah rumit.


Kesiannya Sajat! Harap tabah hadapi ujian ni

Bagaimanapun, rata-rata netizen di ruangan komen turut bersimpati atas perkara yang telah berlaku kepada Sajat yang terkilan tidak dapat berjumpa dengan dua orang anak angkat kesayangannya itu.

Sepatutnya dulu jangan lari, kan dah susah sekarang

Pun begitu, disebalik simpati yang diluahkan oleh orang ramai, ada juga netizen yang berpendapat ia adalah impak kepada tindakan Sajat yang berhijrah ke negara barat tersebut sehingga perlu meninggalkan keluarga di Malaysia.


LihatTutupKomentar