Trauma Dicabul ‘Hantu’ Ketika Tidur😱😱, Wanita Nekad Pasang CCTV Tapi Terkejut Bila ‘Check’ Rupa-Rupanya..

Dakwa dicabul oleh Trauma Dicabul ‘Hantu’ Ketika Tidur, Wanita Nekad Pasang CCTV Tapi Terkejut Bila ‘Check’ Rupa-Rupanya..

Difahamkan, mangsa yang tinggal di sebuah flat di Singapura itu mula menyedari perkara berkenaan apabila ‘hantu’ terbabit menyentuh serta menciumnya ketika sedang tidur. Ketika di mahkamah, mangsa mendakwa disentuh pada bahagian dada dan kelangkangnya, namun keadaan pada ketika itu agak gelap dan hanya dapat melihat bayang-bayang sahaja.

Mangsa berusia 30 tahun itu bersama teman lelakinya kemudian melihat kamera litar tertutup (CCTV) dan mendapati ‘hantu’ tersebut adalah tuan rumahnya sendiri. Susulan daripada kejadian itu, tuan rumah terbabit ditangkap, namun mengaku tidak bersalah atas dua pertuduhan melakukan serangan tidak senonoh.Menerusi laporan Shin Min Daily, mangsa sudah memberi keterangan berhubung kejadian berkenaan pada 20 Ogos lalu. Wanita itu turut mengatakan bahawa dia dan teman lelakinya telah menyewa flat itu pada Mei tahun lalu.


Hendak dijadikan cerita, pada Jun lalu, tuan rumah mengadakan pesta ‘mabuk’ untuk mengalu-alukan kedatangannya. Namun akibat terlalu mabuk, mangsa dikatakan tertidur sebelum dicium serta dibelai seluruh badan. Pada mulanya, dia menyangkakan itu adalah teman lelakinya tetapi apabila ditoleh, dia hanya melihat bayang-bayang gelap dan perkara tersebut berlarutan selama 10 minit.


Rupanya bukan hantu




Berfikir ia adalah gangguan daripada hantu, mereka tidak menghubungi pihak polis, namun sebaliknya memasang kamera litar tertutup (CCTV) dan tidur dengan memakai baju. Ketika pesta ‘mabuk’ yang kedua pada 14 Ogos lalu, mereka berjaya merakam sesuatu yang amat mengejutkan. Rupa-rupanya ‘hantu’ yang mengganggunya adalah tuan rumah dan bukanlah sesuatu dari daripada alam ghaib.


Lelaki berkenaan dilihat memasuki bilik dan menyentuh penyewa tanpa menyedari bahawa wanita itu belum tidur. Mungkin terlalu terkejut, tuan rumah sempat memberitahu di mana teman lelaki mangsa berada sebelum meninggalkan bilik.


Teman lelaki awak sedang mandi, Awak okey tak?


Enggan kejadian seperti itu berulang lagi, pasangan terbabit kemudiannya berpindah ke rumah baharu pada Ogos dan wang deposit rumah diberikan semula oleh 

 tuan rumah.

LihatTutupKomentar