“Manusia Korup!” – Muat Naik Kandungan Ancam Bunuh Agong, Pemilik Akaun ‘WilliamKhor87’ Ditahan
Menerusi Instagram, lelaki berusia 30-an tersebut telah memuat naik kandungan berunsur ancaman bunuh Agong berserta foto Baginda.
Tangkap layar itu tersebar di media sosial sehingga warganet menggesa pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap pemilik akaun terbabit.
Individu itu turut menghina serta melabel Agong korup dan persoal jika Baginda boleh ‘dihapuskan’ dari dunia dan muka bumi ini.