Tugas terakhir sebagai ‘Pengiring RAPAT DYMM Permaisuri Johor’ Kerna telah pergi buat selamanya

Tugas terakhir sebagai ‘Pengiring RAPAT DYMM Permaisuri Johor’ Kerna telah pergi buat selamanya


Kpl Nilam Syafina pergi jua. AL-FATIHAH

Johor Bahru : Dimaklumkan bahawa Kpl Nilam Syafina Abdul Sukor , Pengiring Rapat DYMM Permaisuri Johor telah kembali ke rahmatullah pada 19 Oktober 2022.

Saya dan YAM Tunku Tun Aminah mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Koperal Nilam.

Kami tak akan lupa jasa Allahyarhamah bertugas dengan kami,Semoga Allah mencucuri rahmat-Nya kepada Allahyarhamah Nilam, dan dia diletakkan bersama mereka yang solihin.” – DYMM Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.

Arwah Kpl Nilam sudah lama bert4rung sebagai pasakit K4nser namun dia seorang wanita yang amat gigih selalu cekal dalam menempuhi dugaan yang maha esa buatnya.

Ini tulisnya dilaman fbnya ” Ibarat diri ini menuju peperangan. Yang tidak pasti menang atau kalah. Segalanya ditentukan Tuhan yg Maha Esa. Diri ini akan terus berjuang sehingga memiliki peluang kedua.

Untuk kekal bernafas di bumi Tuhan. Doa menjadi senjata. Usaha pikul bersama. Tawakal mengiringi setiap langkah yg dituju. Sampai masa Tuhan kata, kau harus pulang. Kau mesti pulang
Kerana AKU milik TUHAN.

Terima kasih pada kalian yg mendoakan kesihatan Nilam. Moga Allah balas dgn pahala yg berlipat kali ganda dan moga kalian sentiasa dirahmati Allah SWT.

Janji nilam utk kalian, nilam akn berjuang sampai sihat. Sampai Allah kata, Nilam marilah pulang. Nilam akan pulang. 

Kematianya di maklum oleh adiknya Iden Sukor ” Nilam Syafina Binti Abdul Sukor, Innalillahiwainnailaihirojiun, Allahuakbar !!!,Dukacita dimaklumkan kakak saya telah kembali ke rahmatullah pada maghrib tadi.

Ampunkan dia & muliakan pemergian nyaa yaa allah,Jika ada salah dan silap nya maafkan lah dia,Moga acik tenang disana.. allah lebih sayang kan kak cik, allahuakbar. Al – Fatihah.

Allahuakhbar, Alfatihah untuk sahabatku Intan Suhana sekeluarga atas pemergian adinda tercinta. Sesungguhnya Allah sangat sygkan Nilam Syafina Sukor.

Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama kalangan para syuhada,Aku betul2 x sangka siang tadi kali terakhir jumpa Nilam.- Leny Lenos.

Pada tahun 2019 yang ditulis difb The Royal Johor arw4h Kpl Nilam pernah terima kucing dari Permaisuri Johor.




Koperal Nilam Syafina Abdul Sukor bagaikan tidak percaya apabila menerima seekor anak kucing kurniaan DYMM Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Binti Almarhum Sultan Idris Shah.


Beliau yang sudah 10 tahun berkhidmat bersama Keluarga DiRaja Johor, kehilangan Lion (anak kucing) peliharaannya akibat demam panas pada bulan lalu.

Memahami kesedihan anggota pengiring Baginda itu, Tuanku Permaisuri Johor berkenan mengurniakan seekor anak kucing kepada Koperal Nilam pada petang tadi (3 Oktober) di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Permaisuri Johor bertitah, pemberian anak kucing itu bukan sahaja dapat mengubati kesedihan Koperal Nilam, malah sebagai penghargaan kepada anggota polis itu yang berkhidmat lebih 10 tahun bersama Keluarga DiRaja Johor.




“Dia begitu sedih atas kematian kucingnya itu, jadi saya memberi anak kucing ini sebagai penghargaan atas jasanya mengiringi dan menjaga Tunku Tun Aminah dan saya sendiri sepanjang 10 tahun yang lalu,” titah Permaisuri Johor kepada Royal Press Office hari ini (3 Oktober).


Koperal Nilam amat tersentuh dengan pengurniaan daripada Tuanku Permaisuri.


Lion (kucing) pergi pada hari sebelum saya mengiringi Tuanku Permaisuri berangkat ke London bulan lalu akibat demam panas.


LihatTutupKomentar