astagfirullah..hina nabi mereka akan dapat balasan yg kejam.

Empat daripada sekumpulan individu dalam video tular yang menyokong kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. oleh Jurucakap Nasional Bharatiya Janata Party (BJP) berjaya diberkas.


Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, suspek berusia 26 hingga 27 tahun ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dengan bantuan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara, semalam, lapor Malay Mail.Polis kini sedang berusaha untuk mengesan suspek lain yang masih bebas dan menggesa individu yang terbabit dalam rakaman video berkenaan untuk tampil membantu siasatan,” ujar beliau.




Menurut Datuk Seri Abd Jalil Hassan, peranti yang dipercayai digunakan untuk merakam dan memuat naik hantaran yang ditularkan turut dirampas.




Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 kerana mengeluarkan kenyataan yang berkecenderungan menghasut.




Selain itu, siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan iaitu kenyataan yang menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.




Beberapa hari lalu, tular video di TikTok menunjukkan sekumpulan warga asing berlatar belakangkan Kuil Batu Caves, Gombak berikrar dan menyatakan sokongan kepada ahli BJP, Nupur Sharma.

LihatTutupKomentar