Bakal Pengantin Maut Dipanah Petir Masa Shoot Gambar ‘Pre Wedding’

Bakal Pengantin Maut Dipanah Petir Masa Shoot Gambar ‘Pre Wedding’


Seorang lelaki yang sepatutnya bakal melangsungkan perkahwinan tidak lama lagi dipanah petir ketika sedang bergambar bersama tunangnya di lokasi terkenal fotografi di China.Memetik laporan The Sun, trajedi yang berlaku di Gunung Jade Dragon Snow, Yunnan, Rabu lalu itu telah meragut nyawa Ruan, yang terkena panahan petir semasa sesi penggambaran pra-perkahwinan.

Pasangan itu sedang bergambar di Spruce Meadow yang merupakan lokasi pemandangan popular di situ.

Menurut laporan, kawasan tersebut sedang mengalami ribut ketika mereka tiba, namun pasangan itu memutuskan untuk meneruskan penggambaran mereka kerana telah lama dirancang.

Difahamkan, amaran guruh dan kilat pada tahap ketiga tertinggi telah dikeluarkan kira-kira setengah jam sebelum kilat menyambar.Mangsa dikejarkan ke hospital, namun disahkan meninggal dunia, lapor South China Morning Post.
LihatTutupKomentar