Hasil tinjauan mendapati, gambar pernikahan mereka juga tidak kelihatan malah Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya itu.
Bagaimanapun, sejak beberapa hari lalu tular apabila beberapa media Indonesia melaporkan pasangan itu dikhabarkan sudah bercerai
Hasil tinjauan mendapati, turut tular di aplikasi TikTok apabila ada pengguna memuat naik laporan-laporan berita itu.
Turut menjadi perhatian, ada yang menulis tajuk bekas suami Laudya Cynthia Bella dikhabarkan bercerai serta mengatakan Engku Emran bukan orang sembarangan.
Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen Malaysia yang turut terkejut dengan laporan berkenaan kerana tiada laporan mengenai perkara itu keluar
daripada media daripada Malaysia serta bertanya mengenai kesahihan berita tersebut.
Sebelum ini, turut hangat diperkatakan apabila lain pula ditemui di Instagram milik Engku Emran dimana kali terakhir dia memuat naik gambar berdua ketika ulang tahun perkahwinan
mereka pada Mac lalu. Menerusi foto itu, kelihatan pasangan itu baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah bersama.
Bagaimanapun, sehingga kini status rumah tangga mereka masih menjadi tanya apabila kedua-duanya hanya mendiamkan diri.
Noor Nabila Padam Gambar Suami, Ini Pula Ditemui Di IG Engku Emran
Sejak semalam hangat diperkatakan mengenai rumah tangga kakak kepada selebriti popular, Neelofa iaitu Noor Nabila apabila usahawan itu memadam semua gambar bersama suami, Engku Emran di Instagram.
Hasil tinjauan mendapati, gambar pernikahan mereka juga tidak kelihatan malah Nabila turut menukar gambar profil Instagram miliknya itu.
Bagaimanapun, lain pula ditemui di Instagram milik Engku Emran dimana kali terakhir dia memuat naik gambar berdua ketika ulang
tahun perkahwinan mereka pada Mac lalu.
Menerusi foto itu, kelihatan pasangan itu baru sahaja selesai menunaikan solat jemaah bersama.
Namun, sehingga kini status rumah tangga mereka masih menjadi tanya apabila kedua-duanya hanya mendiamkan diri.
Nabila dan Engku Emran mendirikan rumah tangga pada 19 Mac tahun lalu. Terdahulu, Nabila pernah mendirikan rumah tangga dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017
dan bercerai secara hakam pada 9 Julai 2020. Pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata, Jebat Jayden.
“Dorang tak bercerai lah”- Noor Nabila masih sebumbung dengan Engku Emran
Sebelum ini, kecoh di media sosial mengenai status rumah tangga kakak kepada selebriti terkenal, Noor Neelofa iaitu Noor Nabila yang dikatakan sedang bergolak apabila tiada lagi gambar perkahwinannya bersama Engku Emran di Instagramnya.
Malah, apa yang menghangatkan lagi keadaan, media Indonesia telah membuat spekulasi dengan melaporkan berita bahawa pasangan selebriti tersebut sudah berpisah..
Terbaharu, menerusi hantaran yang dimuat naik oleh Nabila di laman IG dan TikToknya, dia telah merakam gelagat anak sulung lelakinya, Jebat Jayden ketika mereka mendirikan solat jemaah bersama.
Dorang tak bercerai lagi lah, siapa yang buat fitnah tu!
Perkongsian tersebut ternyata membuka mata orang ramai bahawa Nabila masih sebumbung bersama suaminya dan keadaan rumah tangga mereka masih dalam keadaan baik.