comel nya kamu sayangg. teganya ibu tinggalkan kamu berusia 2 bulan di perhentian bas . baca penuh artikel:

Lagi kes ibu tinggalkan anak berusia 2 bulan di perhentian bas "Sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak tersebut," katanya KOTA KINABALU - Pejabat Kebajikan Matunggong sedang mengesan ibu atau waris seorang bayi perempuan berusia dua bulan yang ditinggalkan pada 28 April lalu. Bayi yang dikenali sebagai Thyana Ashley ditinggalkan kepada seorang pengadu di perhentian bas berhampiran sebuah sekolah di Tinangol, Kudat. Pelindung dari Pejabat Kebajikan Daerah Matunggong, Connie Jikisoi berkata, pihaknya sedang menjalankan siasatan untuk mengesan keluarga atau waris kanak-kanak yang telah ditinggalkan oleh ibu kandungnya kepada pengadu. "Ibu kandung yang dipercayai bernama Sheron meninggalkan bayinya pada jam 5 petang, 28 April lalu di perhentian bas berhampiran Sekolah Kebangsaan (SK) Tinangol, Kudat. "Sehingga kini masih belum mendapat sebarang maklumat mengenai ibu kandung kanak-kanak tersebut," katanya dalam kenyataan pada Jumaat. Sehubungan itu, Connie berharap perkara itu dapat diuar-uarkan kepada orang awam untuk mengesan waris kanak-kanak berkenaan. "Sesiapa yang tahu mengenai kanak-kanak ini diminta tampil membantu siasatan di bawah peruntukan seksyen 15(3) Akta Kanak-Kanak 2001 (pindaan)2016. "Sebarang maklumat, boleh berhubung Pelindung Daerah Matunggong di talian 088-613793," katanya
LihatTutupKomentar