dah gile penjual makanan ni.Makan pulut panggang berintikan ‘Ubat Stepler’ 😱

Makan pulut panggang berintikan ‘Ubat Stepler’.

Sebuah klip video menjadi tular di media sosial Indonesia kerana memaparkan kejadian seorang pelanggan yang menemui ‘Ubat Stepler’ @ dawai kokot dalam makanan yang dibelinya dari sebuah kedai, lapor laman berita Suara.com.

Video itu dimuat naik dalam akaun Instagram @hariankopas.

Menerusi rakaman berkenaan, pelanggan berkenaan dikatakan pulang ke rumah setelah membeli sejenis makanan tradisional Indonesia, lemper di sebuah kedai.

Setelah menggigit makanan itu, dia menemui sesuatu yang pelik pada isi lemper tersebut yang kebiasaannya adalah ayam atau daging lembu.Pelanggan tersebut menemui dawai kokot berbentuk segi empat tepat yang diperbuat daripada logam.

Dia bagaimanapun berusaha untuk bersangka baik selepas menemui dawai kokot itu.


Video berkenaan mendapat perhatian netizen di ruangan komen.

“Kalau terjadi kepada saya, saya akan beritahu kepada penjualnya. Boleh meninggal kalau orang makan lemper ini,” kata seorang netizen.


“Menakutkan kalau tertelannya,” komen netizen lain.

LihatTutupKomentar