Didakwa Ganggu Rumah Tangga Puteri Sarah & Syamsul Yusof, Ira Kazar Dipanggil Jawi

Anak kepada pelakon veteran, Kazar Saisi iaitu Ira Kazar yang didakwa mengganggu rumah tangga pelakon, Puteri Sarah dan suaminya Syamsul Yusof dipanggil ke pejabat Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), semalam.Ira Kazar dipanggil Jawi
Difahamkan, Ira yang ditemani oleh ahli keluarganya itu hadir selepas terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa dia telah mengganggu rumah tangga Puteri Sarah dan Syamsul Yusof.
Dalam pada itu, tujuannya ke sana adalah bagi melengkapkan proses siasatan berhubung tindakan saman yang difailkan oleh Puteri Sarah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur serta dua aduan di pejabat agama baru-baru ini.

Apabila ditanya kepada pejabat agama berhubung perkara terbabit, pihak Jawi enggan mengulas lebih lanjut.

Terdahulu, Puteri Sarah mendedahkan rumah tangganya diganggu oleh orang ketiga. Selepas empat tahun menahan derita, dia akhirnya membuat keputusan untuk mengambil tindakan undang-undang.

Walau bagaimanapun, tujuan Puteri Sarah bertindak sedemikian adalah untuk mempertahankan maruahnya yang sudah lama tercalar serta menuntut keadilan selain memperjuangkan haknya sebagai seorang wanita yang teraniaya.
LihatTutupKomentar