Ejen-Ejen Dajjal Semakin Rancak Menyelinap Masuk’ – PU Syed Mohon Kerajaan Batal Konsert Artis Antarabangsa

Pendakwah bebas, PU Syed sekali lagi mengusulkan untuk membantah konsert sebuah kumpulan wanita yang bakal diadakan di Malaysia, pada tahun hadapan.

Memandangkan konsert kumpulan wanita tersebut bakal berlangsung pada bulan Mac, Syed bercadang untuk mengadakan himpunan bantahan sekiranya konsert itu masih diteruskan.

Kerajaan wajib halang kumpulan ini dari jejak kaki mereka ke bumi Malaysia atau kami akan usahakan untuk buat himpunan dalam membantah kehadiran mereka ini! Mac 2023 bukan lama lagi. Mula dari sekarang gerakan untuk halang mereka ini! Keselamatan akidah dan akhlak umat Islam perlu dijaga. Jika orang kafir di Malaysia ini yang “selok” sangat nak berhibur, silakan pergi ke mana sahaja, tapi jangan di Malaysia!
Selamatkan akidah umat Islam
Ujar Syed, konsert sedemikian boleh merosakkan akhlak dan menjadi tanggungjawabnya untuk selamatkan akidah umat Islam.

Mantap ustaz!

Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberi sokongan terhadap apa yang diusulkan oleh PU Syed. Namun begitu, segelintir netizen turut menyatakan bahawa konsert tersebut tidak menjejaskan akidah seseorang sekiranya individu berkenaan tahu menjaga batas ketika menghadiri konsert.

LihatTutupKomentar