Ikut Trend Takvtkan Dengan Audio Pontianak Meng1lai, Netizen Risau Anak Bella Astilah Trauma

Ikut Trend Takvtkan Dengan Audio Pontianak Meng1lai, Netizen Risau Anak Bella Astilah Trauma

Baru-baru ini, trend menakutkan anak kecil dengan meninggalkan di dalam bilik yang dipasang audio seperti pontianak mengilai di TikTok menjadi ikutan ramai orang.

Ikut cabaran ‘trending’

Pelakon dan penyanyi Bella Astillah antara yang terjebak dengan ‘trend’ itu. Menerusi rakaman video di akaun TikTok, Bella dilihat berlari meninggalkan dua anaknya iaitu Ayden Adrean dan Ara Aderanna di dalam sebuah bilik.

Ayden yang terkejut selepas mendengar suara pontianak lantas berlari menuju ke pintu bilik manakala Ara seakan tidak mengerti dengan situasi itu.

Dalam hantaran tersebut, Bella, 28, menulis kapsyen yang berbunyi, ‘Siang-siang pun takut si abang ni. Tengok adik relax saja.’

Jangan buat main!

Bagaimanapun, tindakan pemilik nama Dayang Nabellah Awang Astillah mengundang teguran daripada warganet.

Rata-ratanya menasihati untuk tidak berbuat sedemikian kerana membuatkan anak kecil trauma serta akan memberi kesan jangka panjang.

Dalam pada itu, trend ini juga menarik perhatian Public Health Malaysia (PHM) untuk bersuara. Menyifatkan sebagai ‘sampah’, PHM menyatakan ia ternyata tidak berbaloi dengan parut emosi yang ditinggalkan.

Sekadar info, Bella dan penyanyi Aliff Aziz berkahwin pada 9 September 2016 dan dikurniakan dua orang anak. Sebelum ini, rumah tangga pasangan ini pernah dilanda badai dan sah bercerai pada Mei 2019 namun rujuk kembali dalam tempoh edah.

LihatTutupKomentar