Ikut Trend TikTok Tak Pakai Bra, Sekumpulan Gadis Dikecam Netizen😱😱


Aplikasi TikTok sememangnya menjadi pilihan anak muda kerana pelbagai ‘cabaran’ boleh dilakukan demi meraih populariti walaupun perkara yang dilakukan amat tidak masuk akal dan memalukni termasukalah ‘cabaran’ terbaru yang memerlukan gadis-gadis remaja bergambar tanpa memakai bra.

Perkongsian dari seorang pengguna Tiktok bernama Trisna memaparkan enam gadis berhijab memakai kain batik, berbaju hitam dan berkaca mata hitam sedang berposing.

Namun, apa yang mengejutkan kesemua mereka mengakui tidak memakai pakaian dalam.

Tindakan tidak senonoh dan memalukan itu telah mengundang kecaman dan kemarahan netizen kerana menyifatkan kesemua mereka seakan-akan hanya mahu mengejar populariti di media sosial.

Video berdurasi 12 saat itu menerima jutaan penonton dan ribuan komen diberikan.

Macam-macam betul ya ‘trend’ sekarang. Janganlah mudah terpengaruh, fikir dulu maruah sebagai perempuan!


LihatTutupKomentar