K3cewa dan terkilan sering ditegvr pendkwah….” – Baby Shima mahu keadilan.

K3cewa dan terkilan sering ditegvr pendkwah….” – Baby Shima mahu keadilan.


Penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli meluahkan rasa kecewa serta terkilan apabila dia sering menjadi sasaran umum dan golongan pendakwah setiap kali ada kontroversi yang mengaitkan dirinya.

Menurut laporan Berita Harian, Shima menegaskan lebih baik jika seorang pendakwah memberi teguran kepada dirinya secara peribadi dan bukan disebarkan dalam media sosial kepada orang ramai.

Tambah penyanyi yang berusia 30 tahun itu lagi, dia menyifatkan teguran dan nasihat yang diberikan oleh para pendakwah tidak dilakukan secara ikhlas bahkan, ia lebih kepada mengundang kecaman umum kepadanya.

“Jika teguran, seeloknya disampaikan terus kepada saya, seperti teguran seorang mufti yang memberikan pencerahan kepada saya. Tidak semua pendakwah tulus dan lurus, ada juga pendakwah terpalit isu negatif.

“Kita makhluk ciptaan Allah yang tidak terlepas daripada melakukan kesalahan. Jika saya salah, tegurlah secara peribadi. Bukannya menggunakan platform laman sosial, jadi tolonglah bersikap adil,” katanya.

Malah, Shima anggap tidak adil mengapa dia sahaja yang sering menjadi sasaran pendakwah meskipun masih ada ramai lagi selebriti yang lain perlu diberikan nasihat sama sepertinya.

“Peliknya, kenapa saya sahaja ditegur, sedangkan ada segelintir artis menayang pusat dan menari tergedik-gedik dengan menayang aset, namun tak pula ditegur. Kenapa saya sahaja jadi sasaran?,” soalnya.

Dalam pada itu, Shima memaklumkan dia tidak akan meninggalkan dunia hiburan walaupun teruk dikecam kerana dia menyimpan hasrat untuk menjadi penyanyi dangdut terbaik di Asia.“1 Malaysia kena ‘game’,”- netizen ralat, Aliff Syukri tetap lancarkan lagu Baby Sayang

Terbaharu, usahawan kontroversi, Aliff Syukri memaklumkan dia akan tetap melancarkan lagu terbaharunya yang berjudul Baby Sayang meskipun sebelum ini mendapat tentangan hebat daripada pelbagai pihak.


Menerusi video yang dimuat naik oleh Aliff di laman TikToknya, dia bersama Baby Shima kelihatan sedang bersanding di sebuah pelamin dengan memakai baju pengantin serba lengkap yang dipercayai sebahagian daripada babak muzik video Baby sayang itu.


Ujar Aliff di ruangan kapsyen, segala kegelisahan yang dialami oleh rakyat Malaysia berkaitan lagu terbaharunya itu akan terjawab apabila dia mengambil keputusan untuk melancarkan lagu tersebut pada hari ini, jam 12 tengah hari di saluran YouTube, Tv Terlajak Laris.


Lakonan dia menjadi, habis satu Malaysia tertipu!

Keputusan yang dilakukan oleh usahawan yang berusia 35 tahun itu telah mencetuskan kemarahan ramai dan menyifatkan dia telah mempermainkan rakyat Malaysia dengan drama air matanya yang memohon maaf kepada umum berkaitan muzik videonya itu, sebelum ini.


















Apa lah perasaan isteri dia tengok perangai Alif macam ni


Bukan itu sahaja, dalam babak muzik video yang dimuat naiknya itu terlihat jelas aksi mesra dia bersama Baby Shima di mana penyanyi dangdut sensasi itu seakan memeluk tubuh Aliff ketika berada di atas pelamin.


Susulan itu, rata-rata netizen menyelar tindakan dua selebriti tersebut yang tidak menjaga maruah serta batas masing-masing tambahan pula status Aliff sebagai seorang suami dan bapa kepada anak-anaknya.Terdahulu, Aliff tampil memohon maaf secara terbuka di laman Instagramnya kepada umum terutama ahli keluarganya yang terpaksa menanggung malu kerana perbuatannya itu.


Malah, dia juga mengambil keputusan untuk mengundur diri dari dunia media sosial demi menjaga nama baik ibu tercinta, isteri dan anak-anaknya.

LihatTutupKomentar