Kandang Kambing Terb4kar, Penternak Rugi banyak sangat. lihat selengkapnya ;


Sebuah kandang kambing diusahakan seorang penternak di Jalan Permatang Kerai Besar dekat sini hangus menyebabkan 25 ekor kambing rentung.

Kejadian berlaku pada pukul 10 malam itu dengan penternak tersebut mengalami kerugian RM40,000.

Pemilik kandang, Talib Mat Sa’ad, 65, berkata, dia tidak sempat menyelamatkan walaupun seekor kambing ternakannya berikutan api marak dengan cepat.

Menurutnya, sebanyak tujuh ekor kambing jantan dan 18 ekor betina termasuk dua ekor baka jantan yang baru dibeli kesemuanya rentung dalam kejadian tersebut.

Tambahnya, dia hanya menyedari mengenai kejadian itu selepas melihat api menjulang tinggi ketika berada di rumahnya yang terletak kira-kira 100 meter dari kandang tersebut.

“Kebakaran berpunca daripada sisa bara api pembakaran najis kambing di bahagian bawah kandang yang saya lakukan untuk tujuan pembajaan.

“Ketika tinggalkan kandang sebelum pulang, saya dapati api sudah tiada dan hanya tinggal bara, tidak sangka api merebak semula,” katanya yang mengusahakan penternakan tersebut sejak hampir enam tahun lalu.

LihatTutupKomentar