Kes rogol remaja: Penceramah bebas direman 5 hari di Perak

IPOH: Seorang penceramah bebas direman lima hari bagi membantu siasatan kes rogol remaja berusia 14 tahun di negeri ini.

Majistret Noor Azreen Liana Mohd Darus membenarkan permohonan polis untuk menahan reman lelaki itu dari 28 Julai hingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Difahamkan, penceramah itu ditahan di ibu kota semalam bagi membantu siasatan kes rogol terhadap remaja yang dipercayai berlaku pada Januari lalu di Ipoh.

Terdahulu, lelaki berusia 30-an itu yang memakai baju T warna ungu dan bergari di bawa masuk ke Mahkamah pada jam kira-kira 1 petang.

Media sebelum ini melaporkan, seorang penceramah bebas ditahan polis selepas dipercayai terbabit kes rogol perempuan berusia 14 tahun.

Polis Perak mengesahkan menerima laporan berhubung kes rogol remaja perempuan dipercayai membabitkan seorang penceramah bebas yang ditahan di Selangor, baru-baru ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, susulan itu pihaknya sedang menjalankan siasatan berhubung laporan itu.

Setakat ini, empat kertas siasatan sudah dibuka di Selangor, satu di Kuala Lumpur dan satu di Perak


LihatTutupKomentar