KPDNHEP digesa ambil tindakan peniaga jual minyak masak melebihi harga siling

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengambil tindakan segera ke atas peniaga yang menjual minyak masak botol melebihi harga siling.
Presidennya Mohideen Abdul Kader berkata tinjauan baru-baru ini menunjukkan segelintir peniaga masih melanggar arahan KPDNHEP dengan menjual minyak masak botol 5 kilogram (kg) pada harga lama iaitu RM45.29 berbanding harga siling RM34.70.
Beliau berkata minyak masak botol 2 kg pula dijual pada harga RM18.15 yang sepatutnya RM14.70 pada harga siling.
"CAP mendesak tindakan tegas oleh kerajaan supaya kumpulan peniaga yang tidak bertanggungjawab ini tidak mengeksploitasi pengguna," katanya dalam kenyataan di sini pada Khamis.
Mohideen berkata peniaga memberi alasan terpaksa menjual minyak masak botol pada harga tinggi kerana mereka perlu menghabiskan stok lama yang dibeli pada harga tinggi sebelum keputusan harga siling bagi minyak masak botol itu dibuat.


Adakah peniaga akan menjual minyak masak pada harga rendah sehingga stok yang ada habis jika kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga pada bulan ini?," katanya.
Kerajaan telah menetapkan harga siling minyak masak sawit tulen tidak bersubsidi pada RM34.70 bagi botol lima kg berkuat kuasa 8 Ogos lepas.
Harga minyak masak akan ditetapkan secara bulanan dan diumumkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
LihatTutupKomentar