P3cah Rek0d Dunia,Sangat “Murah Rezeki”,Ibu Gigih “Bawa” Perut 30KG Berjaya Lah1rkan Kembar Semb1lan Serentak

P3cah Rek0d Dunia,Sangat “Murah Rezeki”,Ibu Gigih “Bawa” Perut 30KG Berjaya Lah1rkan Kembar Semb1lan Serentak
Tahukah anda pada tahun 2021, seorang ibu pernah memecahkan rekod dunia apabila berat perutnya mencapai 30 kilogram (kg) sewaktu mengandungkan kembar sembilan seperti yang dilapor Daily Mail.

Pasangan bertuah dan ‘murah rezeki’ dari Mali, Halima Cisse, 26, dan suaminya, Kader Arby, 35, meraikan kedatangan sembilan anak kembar mereka dengan memuat naik gambar-gambar bersama.

Pada awalnya, mereka menyangka hanya bakal menimang kembar tujuh selepas dimaklumkan oleh doktor bahawa (hayat) anak-anak itu hanya mampu bertahan sebanyak 50 peratus.

Bagaimanapun, ibu kepada kembar sembilan yang gigih ‘membawa’ perut seberat 30 kg termasuk air ketuban itu akhirnya selamat melahirkan kesemua bayi berkenaan di Klinik Ain Borja di Casablanca, Maghribi.

Sebelum itu, Halima menghabiskan waktu selama dua minggu di Hospital Point G di Bamako, ibu negara Mali, sebelum dipindahkan ke Maghribi berkat (bantuan) Presiden Peralihan Mali, Bah N’Daw pada ketika itu.

Difahamkan, setiap anak dilahirkan melalui proses pembedahan (caesar). Bagaimanapun, Halima dilaporkan hampir meninggal dunia ekoran kehilangan banyak darah sewaktu melahirkan kesemua kembar sembilan itu serentak.

Cuba anda bayangkan, melahirkan seorang anak sahaja sudah cukup sukar, apatah lagi sembilan anak kembar serentak dalam satu masa. Sungguh tidak dapat dibayangkan. Itulah yang mampu dikatakan oleh ibu kepada kembar sembilan itu.

Tambahan pula, setiap daripada mereka lahir dengan berat antara 0.5 kg hingga 1 kg dan terpaksa berada dalam inkubator di unit perawatan intensif klinik berkenaan sejak Ogos hingga beberapa bulan, sebelum dibawa pulang ke rumah mereka di Timbuktu, Mali.

Kesemua kos rawatan perubatan yang perlu dibayar bernilai RM5.4 juta dan sebahagian besarnya ditanggung oleh kerajaan Mali. Sementara itu, Kader yang berkhidmat sebagai tentera laut pula mengakui bahawa membesarkan keluarganya adalah sesuatu yang mencabar, khususnya dari segi kewangan.

Difahamkan, Halima dan Kader mula mendirikan rumah tangga mereka pada tahun 2017 lalu dan sudah memiliki seorang anak perempuan bernama Souda yang berusia dua tahun setengah – sebelum kehadiran kembar sembilan.

Kembar sembilan

Berdasarkan gambar-gambar yang dirakam oleh jurufoto, Peter Allen, kesemua kembar sembilan itu terdiri daripada empat lelaki dan lima perempuan. Difahamkan, kesemua anak lelaki kembar itu dinamakan sebagai Oumar, Elhadji, Bah dan Mohammed VI yang memakai baju berwarna hijau.

Manakala lima lagi anak perempuan yang memakai pakaian berwarna merah jambu dan biru muda pula dinamakan sebagai Adama, Oumou, Hawa, Kadidia dan Fatouma. Comel kan?

Setiap daripada mereka mempunyai berat yang berbeza dengan didahului Kadidia (2.8 kg), Mohammed VI (3.3 kg), Fatouma (3.1 kg), Oumar (2.4 kg), Hawa (1.5 kg), Adama (2.7 kg), Bah (2.9 kg), Oumou (2.7 kg), dan El Hadji (1.8 kg).

Untuk pengetahuan pembaca, sesuatu yang menarik di sini adalah, nama Bah yang diberikan kepada salah seorang kembarnya adalah bersempena (idea) campur tangan presiden Mali, manakala Mohamed VI pula sebagai penghormatan kepada Raja Maghribi.

Kesemua anak kembar sembilan Halima dan Kader diberikan nama masing-masing selepas tujuh hari kelahiran mereka, seiring dengan apa yang digalakkan ajaran Islam. Tambahan pula, walaupun lahir di Maghribi, kembar sembilan itu mendapat kerakyatan Mali.

Terdahulu, pada tahun 2009 rekod kembar teramai dipegang oleh Nadya Suleman yang berasal dari Amerika Syarikat. Menurut laporan Daily Mail, wanita itu telah melahirkan kembar lapan serentak dengan selamat.
LihatTutupKomentar