Namun begitu, pengaruh rakan sebaya kadang kala memberi impak negatif kepada mereka sehingga melakukan pelbagai kegiatan kurang berfaedah dan dikongsikan di media sosial.
Buat apa atas motor tu?
Hal ini samalah seperti muat naik yang dibuat oleh Facebook The Bikers Ranger apabila berkongsi video aksi tak senonoh satu pasangan muda di atas motor disaksikan rakan-rakan yang lain
Masing2 takde hal bonceng awek
Posting itu juga disertakan dengan kapsyen menyelar tindakan berani lelaki dan perempuan itu yang dilihat saling berhadap-hadapan diatas satu motosikal.
Beberapa geng motor juga hadir bersama pasangan mereka sambi memulas minyak dan mengeluarkan bunyi bising di kawasan tersebut.
Moga anak2 kita dijauhkan dari perkara macam ni
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen ‘mengucap’ melihat tindakan kurang cerdik mereka. Mana tidaknya, aksi tidak senonoh yang dilakukan pasangan itu sangat keterlaluan lebih-lebih lagi ia ditonton ramai orang.
Netizen juga meluahkan rasa risau melihat perilaku anak muda sekarang yang sebilangannya sudah kehilangan rasa malu walaupun tahu perkara seperti itu mengundang pelbagai fitnah.