KULIM – Seorang lelaki yang isterinya sarat mengandung ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di rumah wanita berkenaan di Sungai Kok di sini kemarin
KULIM – Seorang lelaki yang isterinya sarat mengandung ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di rumah wanita berkenaan di Sungai Kok di sini kemarin
Katanya, operasi itu disertai tiga anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kulim dan ahli jawatankuasa masjid.
“Kita mengetuk pintu rumah sebelum seorang wanita membuka pintu dan hasil pemeriksaan menemui seorang lelaki berada di ruang dapur di dalam rumah tersebut.”
“Hanya pasangan itu sahaja yang berada di dalam rumah terbabit dan pada mulanya, mereka mengaku sudah berkahwin.”
“Pasangan itu mendakwa mereka bernikah di Thailand tetapi gagal mengemukakan dokumen,” katanya di sini kelmarin.
Menurutnya, hasil siasatan lanjut mendapati wanita terbabit masih bersuami dan lelaki terbabit pula sudah berkahwin.
“Wanita terbabit kemudian mengaku dia masih mempunyai suami dan dalam proses penceraian.”
“Wanita itu kini tinggal bersama dengan seorang anaknya di rumah itu, sementara seorang lagi anaknya tinggal bersama suaminya,” katanya.
Menurutnya, mereka ditahan dan dibawa ke Balai Polis Sungai Kob untuk laporan tangkapan sebelum dibawa ke pejabat untuk siasatan lanjut.
Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 25(a)(b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri