Bakal Muncul Di Terpaling Juara Malam Ni, Meerqeen & Anna Jobling Nak Buat Pengumuman Apa?

Bakal Muncul Di Terpaling Juara Malam Ni, Meerqeen & Anna Jobling Nak Buat Pengumuman Apa?

Sebaik mula ditayangkan, drama bersiri Melur Untuk Firdaus yang dibintangi Meerqeen dan Anna Jobling berjaya mencipta fenomena tersendiri dan menerima sambutan menggalakkan bukan sahaja daripada peminat tempatan, malah peminat daripada negara seberang, Indonesia.

Penangan hebat lakonan mereka berdua berjaya mencuri hati peminat malah menyebabkan nama meraka sering menjadi bualan netizen terutamanya di media sosial. Mereka juga dikatakan akan membuat kemunculan istimewa di pentas Terpaling Juara minggu keempat yang akan berlangsung malam ini.

Dimaklumkan Meerqeen dan Anna Jobling turut akan melakukan pengumuman khas di pentas konsert yang bakal bersiaran secara langsung dari Studio Sri Pentas 2, Plaza Alam Sentral, Shah Alam.

Disebabkan itu, peminat drama bersiri tersebut mula membuat spekulasi bahawa berkemungkinan besar angan-angan mereka untuk melihat kedua-dua pelakon itu bercinta di luar set penggambaran bakal menjadi kenyataan selepas melihatkan ‘chemistry’ lakonan mereka.

Ayuh sama-sama kita saksikan persembahan secara langsung minggu keempat Terpaling Juara sekaligus untuk mengetahui apakah pengumuman yang bakal dibuat oleh dua bintang Melur untuk Firdaus itu. Jangan lupa saksikan Terpaling Juara malam ini secara langsung di TV3, pukul 9 malam.


LihatTutupKomentar