Iri Hati Tengok Hidup Senang, Adik Beradik Tergamak Berpakat Bayar Bomoh Siam RM800 Hantar Sihir
Menerusi satu video yang telah dimuat naik oleh pengamal perubatan yang dikenali dengan nama tiktok Paksu_wan_terapi, seorang wanita yang dipercayai dalam keadaan tidak sedar atau dirasuk memberitahu segala sihir yang dialami oleh dirinya sebenarnya telah dilakukan oleh seorang bomoh dari Siam yang telah dibayar sebanyak RM800.
Lebih menyedihkan, sihir tersebut sebenarnya angkara ahli keluarga sendiri yang dengki dengan kehidupan mewah adik beradik lain.
Aku tak boleh tengok bini dia tu hidup senang hang tahu dok, bini dia tu lebih daripada aku. Aku tak boleh tengok. Adik aku ni, aku yang hasut. Semua, semua ini aku yang hasut, pok dia lah ni halau dia.
Kami tak puas hati
Difahamkan perbuatan sihir tersebut juga didalangi oleh beberapa orang yang iri hari berpakat dan berkongsi duit bagi membayar bomoh Siam tersebut.
Ditanya bagaimana pelaku menghantar sihir, wanita yang dirasuk itu memberitahu sering menghantar makanan kepada keluarga adik beradiknya itu. Bukan itu sahaja, pelaku juga menggunakan patung yang dicucuk paku untuk menyakiti mangsa.
Kami nak suruh dia keluar daripada rumah pusaka tu, kami nak tapak rumah tu. Ayah aku depa yang bela, bini dia tu bela bagus, bela pak mertua dia bagus macam ayah dia sendiri. Kami tak boleh tengok dia bagi makan mewah, dia layan pak tu lebih.