Kahwin Dgn Lelaki Pangkat Ketua Pegawai Eksekutif, Hantaran & Jumlah Mas Khwin Sharifah Amani Jadi Perhatian

Kahwin Dgn Lelaki Pangkat Ketua Pegawai Eksekutif, Hantaran & Jumlah Mas Khwin Sharifah Amani Jadi Perhatian


Dengan sekali lafaz, pelakon genit Sharifah Amani selamat diijab kabulkan bersama pilihan hatinya iaitu Ahmed Faris Othmen pada jam 10.15 minit pagi tadi. Majlis akad nikah itu dikendalikan oleh Pendaftar Nikah Cerai Rujuk, Jabatan Agama Islam Persekutuan (JAWI), Ustaz Rahimin dengan berwalikan bapanya iaitu Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Majlis tersebut diadakan secara tertutup dan diraikan dengan kehadiran kira-kira 200 tetamu termasuk ahli keluarga dan kenalan rapat sahaja. Sharifah Amani, 36, dan suaminya memberitahu jumlah wang hantaran adalah rahsia atas permintaan keluarga kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, pihak lelaki menyerahkan mas kahwin bernilai RM300 dengan lima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak perempuan. Turut hadir memeriahkan majlis adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil, pelakon teater Jo Kukathas, Iedil Zuhri & Prisia Nasution, Nadiya Nissa’ dan Megat Shahrizal.

Pasangan mempelai itu akan diraikan dalam majlis resepsi pada malam ini di lokasi yang sama. Terdahulu, Sharifah Amani yang mesra disapa Nani mengikat tali pertunangan bersama Ahmed Faris iaitu seorang Ketua Pegawai Eksekutif, Impact Integrated sekitar Jun lalu sehingga menarik perhatian ramai. Sekadar info, detik perkenalan mereka berdua bermula sebagai rakan sekerja apabila Amani dilantik sebagai Lembaga Pemegang Amanah di syarikat suaminya.

Komen netizen, Senyuman laki dia dgn Amani .sama jek..sweet 2 2.. semoga kekal bahagia till Jannah . Tahniah, Tahniah, semoga kekal hingga ke akhir hayat.. Sharifah Amani kawen yg ke berapa?? Tahniah..Semuga tabah dan bersabar menghadapi kehidupan sbenar. Semoga jd isteri yg berkhidmat utk suami, berkorban nyawa dan apa saja. Selamat berbahgia. Finally, Alhamdulillah kak amani  Moga hubungan kekal hingga k jannah. Sumber: Instagram @sherry_alhadad, Astro Gempak (Amri Hassan)

LihatTutupKomentar