Pengantin Lelaki Hampir Terjatuh Angkat Jambangan Wang Hantaran Berjumlah RM20,000-. dah macam kereta mewah jee 😱😱😱😱

Pengantin Lelaki Hampir Terjatuh Angkat Jambangan Wang Hantaran Berjumlah RM20,000-.

Menjadi trend zaman sekarang untuk menghasilkan gubahan bunga untuk wang hantaran. Wang hantaran itu akan digubah kepada bentuk bunga dengan menggunakan pelekat dan kemudiannya dilekatkan pada batang lidi yang bercucuk kepada span bunga.

Lidi yang berbentuk sekuntum bunga itu tadi akan digabung dan membentuk sejambak bunga yang besar. Selalunya gubahan bunga hantaran yang dihasilkan adalah kecil dan mampu dibawa oleh individu yang ingin mengangkat gubahan tersebut.

Namun, hal ini berbeza perkongsian video tular daripada akaun TikTok seh_amirul8. Di mana video tersebut memaparkan seorang pengantin lelaki yang ‘struggle’ untuk mengangkat gubahan wang bunga hantaran tersebut.

Mana taknya, selalu gubahan wang bunga hantaran yang dibawa adalah ringan dan mudah untuk diangkat tetapi berbeza dengan gubahan wang hantaran ini kerana nilainya yang begitu besar.

Nilai wang hantaran sebanyak RM20k itu dilihat telah menghasilkan bouquet atau jambangan wang bunga kertas yang begitu besar sehingga menyebabkan pengantin tersebut hampir terjatuh sewaktu mengangkat bunga itu.

Video Player
Video yang memperoleh jumlah tontonan lebih daripadda 2 juta tontonan itu turut mendapat jumlah komen yang memberangsangkan daripada warganet. Rata-rata terhibur setelah menonton perkongsian video viral itu.
Turut ada yang berseloroh kerana mereka ingatkan pengantin itu memegang kaki isterinya.
LihatTutupKomentar