patut kite contoh .dua sekawan ini sangat setia kawan. 🥺🥺Tak Sanggup Tengok Kawan Berhenti Kelas KAFA, Budak Lelaki Simpan Duit Sekolah Bayarkan Yuran.

Tak Sanggup Tengok Kawan Berhenti Kelas KAFA, Budak Lelaki Simpan Duit Sekolah Bayarkan Yuran



Di Facebook, seorang bapa berkongsi kisah mengenai anaknya yang sanggup membuat simpanan untuk membantu membayar yuran kelasSemalam Yusuf minta RM20, untuk genapkan simpanan dia selama sebulan yang dah capai RM80. Tujuannya nak bayarkan yuran kawan. Bulan lepas dia maklumkan sedih, ada kawan nak berhenti sekolah petang (kelas KAFA) sebab tak mampu bayar yuran.

Menurut Nasaie Ismail , anaknya, Yusuf telah memaklumkan mengenai hasrat untuk membantu rakan sebayanya sejak sebulan yang lalu. Bagaimanapun, Yusuf tidak bercerita lanjut mengenai latar belakang rakannya itu.

Dalam diam, Yusuf telah mengumpulkan duit perbelanjaan sekolah hariannya dan duit yang diberikan oleh ahli keluarga.

Dapatlah RM80. Yuran nak dibayar RM100. Alhamdulillah petang ni InsyaAllah Yusuf akan bayarkan yuran untuk kawannya.
Sebagai bapa, Nasaie meluahkan rasa gembira melihat anak lelakinya yang berusia 12 tahun itu mempunyai niat murni untuk membantu insan yang memerlukan.

Kadangkala apabila tengok anak anak sebegini akan menyedarkan kita bahawa ukuran yang kita letakkan pada setiap anak-anak tidak boleh sama. Terutamanya dalam akademik. Bukan semua anak anak mempunyai keupayaan yang sama. Tetapi setiap anak anak pastinya dijadikan dengan kelebihan tersendiri yang unik dan perlu diraikan kelebihan tersebut.
LihatTutupKomentar