rezki tlah di atur yg diatas.Tak peduli kata orang, lelaki sanggup digelar pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan

Tak peduli kata orang, lelaki sanggup digelar pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan.

Bukan satu perkara baharu untuk seseorang rakyat Malaysia memilih negara jiran, Singapura sebagai sumber menjana pendapatan mereka.

Dengan kadar pertukaran mata wang yang tinggi dari dolar Singapura ke Ringgit Malaysia, langkah mencari pekerjaan di Singapura dan kesanggupan untuk berulang-alik dari Johor pada setiap hari merupakan sesuatu yang boleh dianggap normal pada zaman ini.

Begitupun, untuk seorang jejaka tempatan dari Johor Bahru ini, pekerjaan yang dipilih olehnya di Singapura sedikit berbeza berbanding individu lain. Dikenali sebagai @ezzaiky7 di platform TikTok, dia baru-baru ini telah berkongsi mengapa dirinya sanggup bergelar seorang pengutip sampah di Singapura.

Tak peduli kata orang, lelaki sanggup digelar pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan, korang pun tahu sebabnya – it is all because of the money.


Katanya, dia boleh memperolehi pendapatan bulan sekitar RM6,000 ($1,870) hingga RM9,600 ($2,980). Wow!


Tak peduli kata orang, lelaki sanggup digelar pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan

Tak peduli kata orang, lelaki sanggup digelar pengutip sampah di Singapura sebab gaji lebih RM9,000 sebulan


Biarpun dia mengakui kehidupan bekerja di Singapura tidaklah seindah yang disangka, dia masih bersyukur kerana kini mempunyai pekerjaan yang stabil. Ia sedikit sebanyak membuatkannya lebih bersemangat serta tidak merungut.Seperti dijangka, ada di antara pengikutnya di TikTok yang mempersoalkan keinginannya bergelar seorang pengutip sampah. Balasnya, peratusan pekerja di Malaysia yang memperolehi gaji lumayan tidaklah tinggi dan ia selalu tertumpu kepada golongan yang mempunyai kelayakan pendidikan berprestij.


“Bekerja di (Singapura) bermakna saya perlu kuat. Saya kena hadap kesesakan trafik dan sebagainya. Tapi saya tidak merungut kerana saya bersyukur ada pekerjaan.


“Tentunya, saya ingin juga tinggal di negara sendiri dengan gaji RM8,000; RM9,000. Saya teringin juga mengalaminya,” katanya kepada rakan mediaMenjawab pelawaan seorang pengikutnya untuk bekerja di sebuah kilang tempatan di Malaysia, dia menjawab, “Saya bukan tak nak kerja kilang. Dulu saya dah pernah try kerja kilang tapi tak boleh sebab saya sudah terbiasa kerja di luar. Bila perlu duduk setempat, saya jadi tak senang duduk dan mengantuk.”


Buat masa ini, @ezzaiky7 masih bekerja di Singapura. Namun disebabkan kesibukan, masanya sedikit terbantut untuk berulang-alik dan memuatkan kandungan baharu di TikTok.

LihatTutupKomentar